top of page

PROSES PEMBUATAN ASAM RONG GETAH

MENCARI BUAH GETAH

Mencari buah getah memerlukan masa yang lama. Kebiasaanya buah getah akan gugur apabila musim meluruh pada pertengah bulan april dan akhir tahun.

ASAM RONG BARU

Hasil daripada isi buah getah yang telah ditumbuk.  Namun belum boleh untuk dijadikan bahan masakan.

MENGUPAS

Selepas mendapatkan buah getah.  Buah getah perlu dipecahkan kulitnya yang keras untuk mendapatkan isinya.

MENGULI

Proses yang terakhir iaitu menguli isi buah getah yang telah ditumbuk lumat. Memerlukan sedikit percikan air kepada isi buah getah sebelum diuli sehingga ia bertukar warna dan mengeluarkan minyak.

ISI BUAH GETAH

Buah getah yang telah dikupas, dijemur pada terik mata hari selama seminggu bagi membiarkan ia kering dan rapuh.

ASAM RONG 

Asam rong yang telah siap dan boleh dijadikan bahan makan.

MENUMBUK

Isi buah getah yang telah kering dan rapuh mula ditumbuk menggunakan lesung batu sehingga separa lumat atau lumat.

PENYIMPANAN

Asam rong yang telah siap boleh disimpan didalam bekas yang tertutup bagi mengelakkan kulat.  Asam rong yang disimpan rapi boleh dijadikan bahan makan sehingga dua tahun.

Hak cipta terpelihara@arifuddinalias 2015

bottom of page